Selamat Datang ke Dilot Wardrobe

Dilot Wardrobe ini adalah kerjasama di antara En Abu Bakar dan anaknya(dilah). Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan di sini atau melalui email atau hubungi terus En. Bakar.

Terima Kasih di atas kerjasama dan minat anda

Tuala Wanita: Petikan dari UTUSAN JULAI 2002

Posted by DilOt Saturday, August 8, 2009

Info yg aku dapat ini, dipetik pada tahun 2002. tapi kini sudah melonjak ke tahun 2009. bermakna sudah 7 tahun berlalu...tetapi masih ramai yg belum menyedari kesahihan nya..adakah ia benar atau tidak..Aku ingin berkongsi maklumat di sini.

Tahukah anda bahawa kebanyakan tuala wanita (dan tampon) diperbuat dan dilunturkan dengan klorin yang mengandungi sisa organoklorin dan karsinogen yang diketahui-klorin. EPA AS telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya diketahui oleh sains . Kajian EPA pada tahun 1996 mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometriosis (jangkitan pada uterus).

EPA juga telah merumuskan bahawa orang yang mengalamai pendedahan tinggi terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan lain yang boleh melemahkan sistem imun, meningkatkan risiko penyakit radangan pelvik, mengurangkan kesuburan dan kemungkinan mengganggu perkembangan janin dan kanak-kanak.

Dalam ujian di luar negara tuala wanita telah didapati mengandungi 400 gian per trilion (bpt) dioksin. Walaupun industri kertas telah menetapkan paras sedemikian adalah terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan, kajian-kajian telah menunjukkan dioksin berpindah dengan mudah daripada produk kertas.

Ikan dan hidupan liar lain telah mati selepas pendedahan kepada dos kecil sebanyak 38 bahagian per quadrillion dioksin

Purata wanita menggunakan kira-kira 15 000 tuala wanita sepanjang hayatnya. Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin, yang selamanya tersimpan di dalam sel lemak, mungkin menjadi kumulatif dan membawa maut.

DIKELUARKAN DENGAN BANYAK BAHAN KIMIA


Untuk memebuat tuala wanita, gentian pulpa kayu pada mulanya direndam di dalam air di dalam besen besar. Kebanyakan bahan kimia dan pewarna yang diperlukan di masukkan pada peringkat ini. Pulpa itu kemudiannya di geser dan diberus serta dimasukkan dengan udara untuk menggebukannya...

Sesetgh tuala wanita mengandungi rayon tambahan, yang juga berasal daripada kayu, untuk penyerapan tambahan. Serat di dalam kayu dilarutkan di dalam larutan kaustik, dipancut ke dalam jet halus di dalam air berasid. Campuran itu kemudiannya membeku dan mengering menjadi gentian lebih panjang.

Proses bahan kimia termasuk "de-inking" bahan kitar semula, membasuh dengan bahan pencuci dan meluntur. Akibatnya sesetgh bahan kimia yang digunakan kekal di dalam tuala wanita

Bahan penambah juga digunakan untuk menambahkan sifat tuala wanita itu. Ini termasuk agen penyerap dan agen tahan basah - seringkali digunakan polysorbate dan urea formaldehid. Pelunturan selanjutnya melibatkan klorin mungkin berlaku untuk menampakkan keputihan.

APA YANG ANDA BOLEH LIHAT

Itulah bahagin yang anda tidak boleh lihat. Tetapi bahagian luar tuala wanita yang anda boleh lihat itu sekalipun bukan semuanya asli.

Plastik bawah - untuk mencegah kebocoran - biasanya akan dibuat daripada polythene.

Fabrik yang menyalut tuala wanita - adalan bahan ringan yang seringkali merupakan polypropylene atau rayon.

Bahagian belakang mengandungi 1 atau 2 jalur pelekat yang diliputi dengan jalur kertas silikon.

Tuala wanita itu kemudiannya dibungkus di dalam beg plastik. Bungkusan itu sendiri mungkin dicetak dengan corak -sekali lagi proses bahan kimia

PENUH BAKTERIA

Tuala wanita juga boleh mengandungi bakteria kerana ia bukan produk yang dibasmi kuman. Pada 1987, ujian CAP ke atas beberapa jenama popular yang dijual di sini mendapati jumlah bakteria yang tinggi sehingga 11000 (lebih 10 kali ganda piawaian keselamatam antarabangsa). Ini boleh membawa kepada jangkita faraj di kalangan wanita yang menggunakan tuala wanita.

Produk kebersihan seperti tuala wanita juga boleh ditempatkan di pasaran tanpa terlebih dahulu membuktkan keselamatan atau keberkesanannya walaupun di negara-negara maju.

Di Kanada, misalnya 'depressor' lidah, pembalut luka dan flos gigi kesemuanya dianggap sebagai alat perubatan tetapi tidak tuala wanita. Wanita adalah sasaran mudah kerana mereka terikat dengan biologi untuk didatangi haid selama sekurg2 35 tahun.

Oleh itu adalah penting bahawa wanita mengetahui hakikat supaya mereka boleh mendapatkan alternatif lain yang lebih selamat - seperti menggunakan kain atau menggunakan pad yang lebih selamat.

Kini terdapat pad2 jenama lain yang lebih selamat untuk menggantikan pad yang mengandungi toksin itu.

0 comments

Post a Comment

    Pengedar

    Pengedar
    Abu Bakar Mohd Noah atau Bakar HP : 019-771 2712 EMAIL: dilot_debest@yahoo.com Lokasi: Johor Bahru, Skudai, Pasir Gudang

    Admin

    Admin
    Nurul Adilah Abu Bakar (dilot/dilah) EMAIL: dilot_debest@yahoo.com

    Penghantaran

    Hanya sekitar UTM, Skudai, Johor Bahru, Pasir Gudang penghantaran percuma..

    Kos Penghantaran

    AURALIFE PERFUME
    RM 5.00 (minimum) = 1 - 5 botol
    RM 8.00 = 6 - 10 botol
    RM 10.00 = 1 set produk

    setiap 5 botol tambahan RM 5.00

    EUMORA
    RM 3.00 (minimum) = 1/4 bar
    RM 5.00 = 1/2
    RM 7.00 = 3/4 bar
    RM 10.00 1 kotak

    setiap 1/4 bar seterusnya perlu ditambah RM 2.00

    ANION
    RM 5.00 = set percubaan
    RM 5.00 (minimum) = 1 bungkus
    RM 7.00 = 2 bungkus
    RM 9.00 = 3 bungkus

    setiap 1 bungkus seterusnya perlu di tambah RM 2.00

    Proses penghantaran akan dilakukan sebaik sahaja bayaran diterima melalui akaun Maybank

    Barang akan diterima dalam masa seminggu dan bergantung pada stok barang

    RABU : pembayaran selepas 4.30pm(Sabtu) & SEBELUM 4.30pm (Selasa)
    JUMAAT: pembayaran selepas 4.30pm(Selasa) & BEFORE 4.30pm (Khamis)

    Waktu Urusan :
    Bila-bila masa tetapi bergantung pengesahan terlebih dahulu melalui SMS.


    PENTING :
    Sila buat tempahan terlebih dahulu samada menggunakan email atau sms. Pembayaran hanya dilakukan melalui tunai atau online sahaja.